Tuesday, May 5, 2009

PENGENALAN


Puteri Gunung Ledang merupakan puteri lagenda yang sering diperkatakan sejak zaman berzaman lagi. Untuk tidak menghilangkan cerita lagenda ini pementasan teater Puteri Gunung Ledang diadakan. Dalam teater banyak aspek diambil kira iaitu mengenai seni lakon, seni suara, seni tari dan sebagainya. Namun yang demikian masyarakat pada hari ini sering terlepas pandang elemen Seni Visual yang terdapat dalam pementasan sesebuah teater. Contoh yang dapat dilihat penggunaan elemen Seni Visual dalam Pementasan Lagenda Puteri Gunaung Ledang ialah melalui pakaian, ukiran pada seni bina rumah, alatan senjata, perhiasan diri dan sebagainya.

SEJARAH

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

7 SYARAT PUTERI GUNUNG LEDANG



Beta Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah
Puteri Seri di Gunung Ledang...







Syarat Pertama, Syarat Kedua...

bagi cerah perjalanan beta dari puncak ke istana melaka,
hamparkan kukuh jambatan emas,
jambatan perak pula dari istana ke puncak ledang.

Syarat Ketiga, Syarat Keempat...

melaka kerajaan makmur, ramai darah mekar
dan suburalirkan tujuh tempayan air mata mereka
kemudian...
tujuh tempayan juga air pinang muda,
buat seru beta bersiram.

Syarat Kelima, Syarat Keenam...

tujuh dulang hati hama,
disilang dulang yang tujuh lagi,
disusun hati sang nyamuk pula.

Syarat Ketujuh...

bukan kejam, bukan dendam,
ini duga nilai kasih paduka pada beta
pelengkap hantaran beta,
semangkuk darah putera mahkota...

PILIHAN VIDEO

Video :

PELAKON YANG TERLIBAT

Watak yang dimainkan :
Puteri Gunung Ledang
Hang Tuah
Datuk Bendahara
Sultan Mahmud Shah
Permaisuri Tun Teja
Tun Mamat
Gusti Adipati Handaya Ningrat
Bayan
Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)
Pangeran Demak
Sang Setia
Topok
Tapik
Patih
Raja Ahmad